Nuffnang

Wednesday, December 1, 2010

ILMU MENGARANG KARANGAN BAHAN RANGSANGAN PMR

a)                       Penggunaan kata dan ayat yang gramatis.
b)              Ejaan dan tanda baca perlu betul.
c)               Kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
d)              Idea yang relevan berdasarkan tajuk yang diberi.
e)              Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan sesuai dan  
        berkembang
f)               Pengolahan yang menarik
g)              Penggunaan frasa atau ayat  yang indah  serta peribahasa  atau kata-kata hikmat amat
        digalakkan
h)              Karangan jangan melebihi 120 patah perkataan. Berdasarkan pemarkahan tahun 2007,  
        pemeriksaan menilai hanya 120 patah perkataan  sahaja.   

Saturday, August 7, 2010

Inginkan Kecemerlangan

Setiap manusia inginkan kejayaan. Tetapi untuk berjaya, bukanlah sesuatu yang mudah. Jalan menuju kesenangan tidak senang.Tiada jalan pintas. Sebagai analogi, untuk ke puncak Himalaya, seseorang akan melalui cerun tegak yang mengerikan. Bukahkah kerja gila? Nyawa di hujung tanduk. Tetapi  itulah  hakikat yang lebih enak kerana  kesenangan itu diperoleh melalui cabaran yang datang kemudian dengan kekuatan diri yang dilengkapi ilmu kita akhir beroleh kejayaan. Manis bukan. Untuk itu, sebagai guru, sedaya mungkin saya akan berusaha untuk menjadi pemangkin kepada seluruh insan supaya akan berlaku kemenjadian dalam rupa local yang berjiwa besar. Berupaya merentas sempadan international. Melangkaui zaman serta dapat mencipta idea bernas yang perkasa. Namun, kekangan manusia ialah sentiasa gagal menafikan cas-cas negatif. Sedangkan penciptaan manusia dipenuhi keajaiban yang tidak terkira. Akal yang diberi tidak pernah dicanai menjadi pisau kata yang hebat. Setiap insan ada keupayaan. Belajarlah dari yang bijak.
"Inginkan bantuan membaiki gaya penulisan karangan-kemukakan kepada guru anda."